10 Julai 2014

Kepak Ayam Madu

Kali ni Cik Ema nak berkongsi menu ayam pulak. Selalunya Cik Ema akan goreng je kepak ayam ni, tapi kali ni Cik Ema try bakar pulak.

Bahan-bahan
6 ketul kepak ayam yang telah dipotong dan dibersihkan
Kepak ayam yang telah siap untuk dihidangkan
3 biji bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
Sedikit serbuk oregano
Sedikit minyak zaiton
Kicap ABC secukupnya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Satukan semua bawang merah, bawang putih, halia, sos tiram, madu, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk oregano, garam dan kepak ayam. Perap semalaman dalam peti sejuk.
  2. Susun kepak ayam di atas dulang yang telah dilapik dengan aluminium foil. Renjiskan dengan sedikit minyak zaiton supaya ayam tidak melekat dan tidak kering apabila dibakar.
  3. Bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 180˚c dengan menggunakan api atas bawah. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mula membakar.
  4. Untuk menghidang, susun kepak ayam di atas pinggan. Tuang kicap ABC di atas kepak ayam.
Selamat mencuba.


05 Julai 2014

Tempoyak Goreng

Sekarang ni durian dah senang nak dapat. Merata dah boleh jumpa orang jual durian. Cik Ema bukan la nak cerita hal durian, tapi Cik Ema nak kongsikan hidangan favourite husband, tempoyak goreng.

Bahan-bahan
15 ekor udang dibuang kulit
2 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
5 biji cili padi dihiris
1/2 biji bawang besar dimayang
1 mangkuk kecil tempoyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan udang, kacau sebati. Biarkan hingga udang separuh masak. Masukkan tempoyak dan gaul sebati. Masak dengan api sederhana hingga pecah minyak dan sehingga tempoyak bertukar warna keemasan.
  3. Tambah garam dan gula. Tutup api dan hidangkan.
Selamat mencuba.

**Maaf ye, Cik Ema tak ambik gambar untuk hidangan ni.

25 Jun 2014

Beef Stew

Semalam Cik Ema tak tau nak masak apa untuk makan malam. Cik Ema pun godek-godek la peti ais kat dapur, tengok-tengok ada daging kat dalam tu. Hubby pun bagi la idea supaya buat beef stew. Sebenarnya Cik Ema tak pernah la pulak buat beef stew ni, tapi pernah gak tengok mak buat kat dapur. Oleh kerana hubby dah mintak buatkan beef stew, Cik Ema pun try la buat ikut cara Cik Ema. Yang ni Cik Ema sengaja bagi lebih kuah untuk dimakan dengan roti sebagai juadah breakfast. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
Beef stew yang telah sedia untuk dihidangkan
250g daging lembu dipotong kiub
1 batang lobak merah dipotong kiub
2 biji kentang dipotong kiub
1 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dikisar
1 kiub pati daging
1 sudu makan tepung gandum
Sedikit browning
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk rosemary
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit minyak zaiton
Air secukupnya

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak zaiton. Goreng daging bersama serbuk lada hitam sehingga keperangan. Angkat daging.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging yang telah digoreng dan air.
  3. Masukkan browning dan kiub pati daging. Kacau sehingga sebati. Tutup periuk dan biarkan sehingga daging empuk.
  4. Apabila daging sudah empuk, masukkan kentang dan lobak merah. Tutup periuk dan biarkan sehingga kentang dan lobak merah lembut.
  5. Tambahkan garam, gula dan serbuk rosemary. Masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dalam sedikit air untuk memekatkan kuah. Biar seketika. Tutup api dan hidangkan.
Selamat mencuba.













12 Jun 2014

Sup Tulang

Semalam tengah seronok tengok TV tetiba anak Cik Ema bagitau nak makan sup. Anak Cik Ema sup memang favourite dia. Agaknya dia teringin coz lama jugak dah Cik Ema tak buat sup untuk hidangan sekeluarga. Jadi pagi tadi Cik Ema pun keluar ke pasar membeli apa yang patut.

Bahan-bahan
500 gram tulang
2 bijibawang merah dikisar
Sup tulang sedia untuk dihidangkan
5 ulas bawang putih dikisar
2cm halia dikisar
1 bungkus sup bunjut
Rempah 4 sekawan secukupnya
2 biji tomato dibelah 4
Sedikit bunga kobis
1 batang lobak merah dipotong dadu
2 biji kentang dipotong dadu
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup
Sedikit serbuk lada
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuatnya
  1. Rebus tulang, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, sup bunjut dan rempah 4 sekawan. Masak dengan api sederhana sehingga tulang lembut.
  2. Masukkan bunga kobis dan tomato. Biarkan mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan serbuk lada dan garam. Tutup api dan angkat.
  4. Taburkan dengan bawang goreng dan daun sup semasa menghidang.
Selamat mencuba.

03 Jun 2014

Sambal Goreng Kentang

Semalam teringin rasa nak makan sambal goreng kentang. Kebetulan bahan-bahan pun cukup untuk sediakan menu ni. Kalau nak try sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
Sambal goreng kentang sedia untuk dihidang
1 biji kentang dipotong dadu
1 biji bawang besar dimayang
2 sudu makan bawang merah dikisar
2 sudu makan cili kering dikisar
3 biji cili padi dihiris
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis digoreng garing
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Goreng kentang hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
  2. Asingkan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar hingga lembut. Masukkan cili kering dan bawang merah. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan belacan, kacau rata. Biar hingga pecah minyak. Masukkan kentang, ikan bilis dan cili padi. Kacau sebati.
  4. Tambahkan garam dan gula. Kacau sebati.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba.

29 Mei 2014

Roti Pizza

Resepi ni adalah ilham daripada husband Cik Ema. Asalnya Cik Ema nak buat pizza mini, tapi oleh kerana bahan tak cukup, dan kebetulan ada roti di dapur, maka Cik Ema pun try la buat macam yang husband cadangkan.

Bahan-bahan
Beberapa keping roti
Sedikit butter
Sedikit sos cili Thai
Sedikit keju mozarella

Bahan topping
60g sos spaghetti Kimball perisa cendawan
100g daging cincang
50g cendawan butang dihiris nipis
50g nanas dipotong dadu
1/2 biji lada benggala dipotong dadu
1/2 biji tomato dipotong dadu
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 biji lobak merah diparut
Sedikit minyak zaiton
Sedikit serbuk oregano
Sedikit sos cili Thai
Sedikit keju mozarella
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Untuk topping, panaskan minyak zaiton dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan daging cincang dan biarkan hingga bertukar warna.
  2. Masukkan lobak merah, cendawan butang, lada benggala dan sos spaghetti. Kacau sebati dan biar hingga mendidih. Masukkan tomato, nanas, serbuk oregano, gula dan garam. Kacau hingga rata dan biar seketika. Tutup api dan ketepikan. Biarkan sejuk seketika.
  3. Sapu butter pada roti. Ratakan sos cili Thai di atasnya. Kemudian tuang dan ratakan topping di atasnya. Parut keju mozarella di atas topping.
  4. Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 100˚c dengan menggunakan api atas bawah. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mula membakar.
Selamat mencuba.

**Maaf ye, hidangan ni Cik Ema tak ambik gambar.

20 Mei 2014

Daging Goreng Halia

Lama dah nak share resepi ni tapi laptop Cik Ema pulak problem. Menu ni Cik Ema buat hari Sabtu lepas. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
200g daging dihiris nipis
100g cendawan butang dihiris
Daging goreng halia sedia untuk dihidangkan
2 sudu sos tiram
1 sudu minyak bijan
10 biji lada hitam ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
2 inci halia ditumbuk lumat
1/2 biji bawang besar dimayang
1 sudu kicap soya
Sedikit kobis dipotong
2 biji cili padi dipotong memanjang
Sedikit daun bawang dipotong 1 inci panjang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Perap daging dengan sos tiram, minyak bijan, lada hitam, bawang putih, halia, kicap soya, garam dan gula. Biarkan selama 1 jam.
  2. Panaskan pan dan masukkan daging yang telah diperap. Tutup pan, masak sehingga daging lembut. Kacau sekali sekala.
  3. Masukkan cendawan butang dan kobis. Kacau hingga mesra.
  4. Selepas kobis lembut, masukkan daun bawang dan cili padi. Kacau hingga mesra.
  5. Biarkan seketika dan tutup api. Daging sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.

13 Mei 2014

Daging Goreng Sos Tiram

Malam tadi macam malas je rasa Cik Ema nak masak. Jadi Cik Ema pun buatlah menu daging yang simple. Daging goreng sos tiram. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
Daging goreng sos tiram sedia untuk dihidang
200g daging dihiris nipis
100g cendawan butang dihiris
2 sudu sos tiram
1 sudu minyak bijan
2 ulas bawang putih dikisar
1 biji bawang merah dikisar
1 sudu kicap soya
Sedikit kobis dipotong
2 biji cili padi dipotong memanjang
1/2 keping tauhu dipotong 1 inci dan digoreng
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Perap daging dengan sos tiram, minyak bijan, bawang putih, bawang merah, kicap soya, garam dan gula. Biarkan selama 1 jam.
  2. Panaskan pan dan masukkan daging yang telah diperap. Tutup pan, masak sehingga daging lembut. Kacau sekali sekala.
  3. Masukkan cendawan butang, tauhu dan kobis. Kacau hingga mesra dan biarkan sehingga air daging kering. Tutup api dan hidangkan.
Selamat mencuba.



09 Mei 2014

Bakso

Balik kerja petang tadi Cik Ema boleh rasa macam nak makan bakso. Jadi Cik Ema pun mengubah haluan ke kedai makan kat simpang yang tak jauh dari rumah Cik Ema. Kecewa sikit rasa hati bila tengok warung bakso tutup. Tapi kerana terlalu kuat keinginan nak makan bakso, Cik Ema terus memecut ke supermarket terdekat untuk membeli bahan-bahan membuat bakso. First try, alhamdulillah husband suka. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
200g bihun
Sedikit taugeh
Sedikit kobis dihiris halus
100g daging dihiris nipis
3 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dikisar 
3 biji bawang merah dikisar
1 inci halia dikisar 
1 batang serai dikisar
1 sudu makan lada sulah
1 kiub pati daging
Bebola daging secukupnya
Sedikit daun sup dihiris
Sedikit daun bawang dihiris
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak zaiton
Rempah 4 sekawan secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Sambal kicap
3 biji cili padi dikisar
Kicap ABC secukupnya
Sos pedas berkicap AgroMas
Limau kasturi secukupnya
Gula secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak zaiton. Tumiskan bawang merah yang telah dihiris sehingga kekuningan. Seterusnya masukkan rempah 4 sekawan.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai yang telah dikisar dan kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan air, daging, kiub pati daging dan bebola daging. Biar sehingga mendidih.
  4. Akhir sekali, tambah lada sulah dan garam. Tutup api dan ketepikan.
  5. Celur bihun sehingga lembut. Masukkan minyak zaiton untuk mengelakkan daripada melekat. Angkat, rendam sekejap dalam air sejuk dan toskan.
  6. Untuk sambal kicap, campurkan cili padi, kicap ABC, gula dan sos pedas berkicap AgroMas. Perah limau kasturi dan gaul hingga sebati.
  7. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk. Taburkan kobis, taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Tuang kuah beserta daging dan bebola daging ke dalam mangkuk dan letakkan sedikit sambal kicap.
Selamat mencuba.

**Maaf ye, hidangan ni Cik Ema takde ambik gambar.

07 Mei 2014

Spaghetti Bolognese dengan Bebola Daging

Rasanya baru minggu lepas makan Western. Tetiba malam tadi rasa nak makan Western lagi. Kali ni Cik Ema buat spaghetti pulak untuk dinner. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
175g sos spaghetti Kimball perisa selasih & bawang putih
175g sos spaghetti Kimball perisa tradisional
Spaghetti yang telah siap untuk dihidangkan
175g sos spaghetti Kimball perisa cendawan
200g daging cincang
100g cendawan butang dihiris nipis
1 biji lada benggala dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji lobak merah diparut
Bebola daging secukupnya
400g spaghetti Kimball
Sedikit keju cheddar yang telah diparut
Sedikit minyak zaiton
Sedikit serbuk oregano
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuatnya
  1. Rebus spaghetti sehingga lembut. Masukkan minyak zaiton untuk mengelakkan daripada melekat. Angkat, rendam sekejap dalam air sejuk dan toskan.
  2. Untuk sos, panaskan minyak zaiton dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan daging cincang dan bebola daging. Gaul rata. Apabila daging sudah bertukar warna, masukkan lobak merah, cendawan butang dan lada benggala. Masukkan sos spaghetti dan biar hingga mendidih. Masukkan tomato, serbuk oregano, gula dan garam. Kacau hingga rata dan biar seketika. Tutup api dan angkat.
  3. Untuk menghidang, masukkan spaghetti di atas pinggan dan tuang sos di atasnya. Taburkan keju di atas sos.
Selamat mencuba.


02 Mei 2014

Beef Steak dengan Sos Lada Hitam

Malam tadi tetiba teringin nak makan western. Jadi Cik Ema pun try la buat beef steak yang simple. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan Daging
4 keping daging
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Beef steak yang telah siap untuk dihidangkan
1 sudu besar sos tomato
1 sudu makan lada hitam biji yang ditumbuk halus
2 ulas bawang putih dikisar
Sedikit minyak zaitun

Bahan Sos Lada Hitam
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
1 sudu besar kicap
1 susu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1/2 kiub pati ayam
100 gram cendawan butang dihiris nipis
Garam secukup rasa

Bahan Sampingan
1/2 biji lobak merah dipotong memanjang yang telah dicelur
4 biji kentang dipotong memanjang yang telah digoreng
1 biji tomato dipotong bulat
Sedikit mayonis
Sedikit sos cili Thai

Cara membuatnya
  1. Satukan semua bahan daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
  2. Bakar daging menggunakan non stick pan. Renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat.
  3. Untuk sos lada hitam, panaskan mentega dan tumis bawang besar hingga layu. Larutkan tepung gandum dalam air dan masukkan ke dalam bahan tumisan. Masukkan sos tiram, lada hitam, kicap, sos tomato, sos cili, kiub pati ayam dan cendawan butang. Kacau atas api perlahan sehingga pekat. Tutup api dan angkat.
  4. Susun daging dan bahan sampingan di atas pinggan. Curahkan sos lada hitam ke atas daging. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.




27 April 2014

Mee Jawa

Pagi tadi Cik Ema sediakan mee jawa untuk hidangan sarapan pagi. Alhamdulillah, kekenyangan sampai tengahari dengan heavy breakfast. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
1kg mee kuning
4 biji telur direbus
Sedikit taugeh yang telah dicelur
1 keping tauhu digoreng dan dihiris
Sedikit daun sup dihiris
Sedikit daun bawang dihiris
Sedikit bawang goreng
Sedikit cili merah dihiris
Sedikit minyak zaiton
Rempah 4 sekawan secukupnya
500g daging dihiris nipis
3 sudu besar udang kering dikisar halus
3 ulas bawang putih dikisar halus
1 biji bawang besar dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
1 batang serai dikisar halus
500g ubi keledek direbus dan dikisar halus
3 sudu besar serbuk kari daging
10 tangkai cili kering dikisar halus
1 kiub pati daging
Sedikit serbuk jintan manis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuatnya
  1. Rebus daging sehingga empuk. Tutup api dan toskan. Simpan air rebusan untuk membuat kuah.
  2. Panaskan minyak zaiton, tumis rempah 4 sekawan dan cili kering hingga garing. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serai, serbuk jintan manis dan udang kering. Tumis hingga naik bau.
  3. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan ke dalam periuk. Tumis sehingga naik minyak. Seterusnya, masukkan ubi keledek, air dan kiub pati daging. Kacau dan biarkan mendidih.
  4. Tambah garam dan gula. Tutup api dan ketepikan.
  5. Celur mee kuning sehingga lembut. Masukkan minyak zaiton untuk mengelakkan daripada melekat. Angkat, rendam sekejap dalam air sejuk dan toskan.
  6. Untuk menghidang, masukkan mee kuning dan telur rebus ke dalam mangkuk. Taburkan daging, taugeh, tauhu, daun sup, cili merah, daun bawang dan bawang goreng di atas mee kuning. Tuang kuah ke dalam mangkuk.
Selamat mencuba.

**Maaf ye, hidangan ni Cik Ema tak ambik gambar.

24 April 2014

Sambal Goreng Udang

Semalam Cik Ema rasa malas sikit nak masak, jadi Cik Ema sediakan menu yang simple je untuk makan malam. Alhamdulillah, husband tak kisah sangat bila Cik Ema sediakan sambal goreng udang untuk dimakan dengan telur masin rebus. Kalau nak cuba buat sendiri kat rumah, boleh la ikut cara mudah ni.

Bahan-bahan
15 ekor udang dibuang kulit
1 biji bawang besar dimayang
2 sudu makan bawang merah dikisar
2 sudu makan cili kering dikisar
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara membuatnya


  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga lembut. Masukkan cili kering dan bawang merah. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan belacan, kacau rata. Biar hingga pecah minyak. Masukkan udang dan kacau sebati. Biar seketika.
  3. Tambahkan garam dan gula. Kacau sebati.
  4. Tutup api, angkat dan hidangkan.
 Selamat mencuba.

**Maaf ye, Cik Ema tak ambik gambar untuk hidangan ni.

17 April 2014

Kacang Buncis Kukus

Rasanya Cik Ema tak pernah lagi berkongsi resepi sayur-sayuran. Kali ni Cik Ema kongsikan resepi yang paling ringkas dan mudah. Sesuai untuk sesiapa yang sedang menjaga diet.

Kacang buncis kukus sedia untuk dihidangkan
Bahan-bahan
20 batang kacang buncis dipotong
1/2 batang lobak merah dipotong memanjang
2 ulas bawang putih dikisar
1 biji bawang merah dikisar
1/2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuatnya
  1. Panaskan air dalam pengukus.
  2. Masukkan kacang buncis dan lobak merah ke dalam bekas pengukus. Gaul mesra dan masukkan ke dalam pengukus. Biar sehingga kacang buncis dan lobak merah lembut.
  3. Tutup api dan angkat bekas pengukus. Alihkan kacang buncis dan lobak merah ke dalam pinggan. Masukkan bawang putih, bawang merah, kiub pati ayam dan garam. Gaul sebati dan hidangkan.
Selamat mencuba.




11 April 2014

Beef Lasagna

Lidah ni asyik rasa nak makan lasagna je. Jadi semalam Cik Ema try la buat. Tak sangka pulak first time buat menjadi. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
Beef lasagna sebelum dibakar
Kulit lasagna
Keju mozarella
Sedikit minyak zaiton
Air secukupnya
Sedikit mentega

Inti
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
200g daging cincang
200g tomato puree
Beef lasagna yang telah siap dibakar
1/2 tin cendawan butang dipotong dadu
4 sudu makan sos cili
Sedikit minyak zaiton
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk oregano
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Sos Putih
4 sudu makan tepung gandum
60g mentega
60g keju cheddar
500ml susu segar
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Rebus kulit lasagna sehingga lembut. Masukkan minyak zaiton untuk mengelakkan kulit daripada melekat. Angkat dan toskan.
  2. Untuk inti, panaskan minyak zaiton. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging cincang dan cendawan butang. Kemudian masukkan tomato puree dan sos cili. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano, garam dan gula. Kacau sekejap, tutup api dan angkat.
  3. Untuk sos putih, campurkan semua bahan dan kacau sebati menggunakan hand whisk. Masak diatas api yang kecil. Gaul sentiasa bagi mengelakkan menjadi ketulan. Setelah pekat, tutup api dan angkat.
  4. Untuk menyediakan lasagna, caranya seperti membuat kek lapis. Sapu mentega pada acuan. Ratakan inti di dasar acuan. Kemudian letakkan kulit lasagna. Ratakan lagi inti dan tuang sos putih. Seterusnya susun ikut susunan kulit lasagna, inti, sos putih secara berulang sehingga empat lapisan. Akhir sekali parut keju mozarella menutupi sos putih sehingga rata.
  5. Bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 180˚c dengan menggunakan api atas bawah. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mula membakar.
Selamat mencuba.

04 April 2014

Meatloaf

Lama jugak dah tak makan meatloaf. Kalau dulu sebulan sekali order dari member kakak. Sekarang ni member kakak dah transfer, jadi tak dapat la nak order lagi. Lidah ni pulak tiba-tiba terasa macam nak makan meatloaf. Kena buat sendiri la jawabnya ni. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
200g daging cincang
200g sayur campur
100g cendawan butang dihiris
2 biji telur
1 biji bawang besar dipotong dadu
185ml susu cair
1 sudu kecil serbuk kari
5 keping roti dikoyak kecil
Garam secukup rasa
Keju mozarella
Sedikit mentega

Cara membuatnya
  1. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan roti dan susu cair. Gaul hingga sebati.
  2. Masukkan daging cincang, cendawan butang, sayur campur, bawang besar, serbuk kari dan garam. Gaul hingga sebati.
  3. Sapu acuan dengan mentega. Tuangkan bahan yang telah digaul tadi.
  4. Parut keju mozarella di atas bahan tadi sehingga menutupi semua bahan.
  5. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180°c. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar.
Selamat mencuba.

**Maaf ye, Cik Ema tak ambik gambar untuk hidangan ni.