10 Julai 2014

Kepak Ayam Madu

Kali ni Cik Ema nak berkongsi menu ayam pulak. Selalunya Cik Ema akan goreng je kepak ayam ni, tapi kali ni Cik Ema try bakar pulak.

Bahan-bahan
6 ketul kepak ayam yang telah dipotong dan dibersihkan
Kepak ayam yang telah siap untuk dihidangkan
3 biji bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
Sedikit serbuk oregano
Sedikit minyak zaiton
Kicap ABC secukupnya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Satukan semua bawang merah, bawang putih, halia, sos tiram, madu, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk oregano, garam dan kepak ayam. Perap semalaman dalam peti sejuk.
  2. Susun kepak ayam di atas dulang yang telah dilapik dengan aluminium foil. Renjiskan dengan sedikit minyak zaiton supaya ayam tidak melekat dan tidak kering apabila dibakar.
  3. Bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 180˚c dengan menggunakan api atas bawah. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mula membakar.
  4. Untuk menghidang, susun kepak ayam di atas pinggan. Tuang kicap ABC di atas kepak ayam.
Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan