09 Mei 2014

Bakso

Balik kerja petang tadi Cik Ema boleh rasa macam nak makan bakso. Jadi Cik Ema pun mengubah haluan ke kedai makan kat simpang yang tak jauh dari rumah Cik Ema. Kecewa sikit rasa hati bila tengok warung bakso tutup. Tapi kerana terlalu kuat keinginan nak makan bakso, Cik Ema terus memecut ke supermarket terdekat untuk membeli bahan-bahan membuat bakso. First try, alhamdulillah husband suka. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
200g bihun
Sedikit taugeh
Sedikit kobis dihiris halus
100g daging dihiris nipis
3 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dikisar 
3 biji bawang merah dikisar
1 inci halia dikisar 
1 batang serai dikisar
1 sudu makan lada sulah
1 kiub pati daging
Bebola daging secukupnya
Sedikit daun sup dihiris
Sedikit daun bawang dihiris
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak zaiton
Rempah 4 sekawan secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Sambal kicap
3 biji cili padi dikisar
Kicap ABC secukupnya
Sos pedas berkicap AgroMas
Limau kasturi secukupnya
Gula secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak zaiton. Tumiskan bawang merah yang telah dihiris sehingga kekuningan. Seterusnya masukkan rempah 4 sekawan.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai yang telah dikisar dan kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan air, daging, kiub pati daging dan bebola daging. Biar sehingga mendidih.
  4. Akhir sekali, tambah lada sulah dan garam. Tutup api dan ketepikan.
  5. Celur bihun sehingga lembut. Masukkan minyak zaiton untuk mengelakkan daripada melekat. Angkat, rendam sekejap dalam air sejuk dan toskan.
  6. Untuk sambal kicap, campurkan cili padi, kicap ABC, gula dan sos pedas berkicap AgroMas. Perah limau kasturi dan gaul hingga sebati.
  7. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk. Taburkan kobis, taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Tuang kuah beserta daging dan bebola daging ke dalam mangkuk dan letakkan sedikit sambal kicap.
Selamat mencuba.

**Maaf ye, hidangan ni Cik Ema takde ambik gambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan