25 Jun 2014

Beef Stew

Semalam Cik Ema tak tau nak masak apa untuk makan malam. Cik Ema pun godek-godek la peti ais kat dapur, tengok-tengok ada daging kat dalam tu. Hubby pun bagi la idea supaya buat beef stew. Sebenarnya Cik Ema tak pernah la pulak buat beef stew ni, tapi pernah gak tengok mak buat kat dapur. Oleh kerana hubby dah mintak buatkan beef stew, Cik Ema pun try la buat ikut cara Cik Ema. Yang ni Cik Ema sengaja bagi lebih kuah untuk dimakan dengan roti sebagai juadah breakfast. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
Beef stew yang telah sedia untuk dihidangkan
250g daging lembu dipotong kiub
1 batang lobak merah dipotong kiub
2 biji kentang dipotong kiub
1 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dikisar
1 kiub pati daging
1 sudu makan tepung gandum
Sedikit browning
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk rosemary
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit minyak zaiton
Air secukupnya

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak zaiton. Goreng daging bersama serbuk lada hitam sehingga keperangan. Angkat daging.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging yang telah digoreng dan air.
  3. Masukkan browning dan kiub pati daging. Kacau sehingga sebati. Tutup periuk dan biarkan sehingga daging empuk.
  4. Apabila daging sudah empuk, masukkan kentang dan lobak merah. Tutup periuk dan biarkan sehingga kentang dan lobak merah lembut.
  5. Tambahkan garam, gula dan serbuk rosemary. Masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dalam sedikit air untuk memekatkan kuah. Biar seketika. Tutup api dan hidangkan.
Selamat mencuba.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan