Semalam tengah seronok tengok TV tetiba anak Cik Ema bagitau nak makan sup. Anak Cik Ema sup memang favourite dia. Agaknya dia teringin coz lama jugak dah Cik Ema tak buat sup untuk hidangan sekeluarga. Jadi pagi tadi Cik Ema pun keluar ke pasar membeli apa yang patut.
Bahan-bahan
500 gram tulang
2 bijibawang merah dikisar
![]() |
Sup tulang sedia untuk dihidangkan |
2cm halia dikisar
1 bungkus sup bunjut
Rempah 4 sekawan secukupnya
2 biji tomato dibelah 4
Sedikit bunga kobis
1 batang lobak merah dipotong dadu
2 biji kentang dipotong dadu
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup
Sedikit serbuk lada
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara membuatnya
- Rebus tulang, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, sup bunjut dan rempah 4 sekawan. Masak dengan api sederhana sehingga tulang lembut.
- Masukkan bunga kobis dan tomato. Biarkan mendidih.
- Akhir sekali masukkan serbuk lada dan garam. Tutup api dan angkat.
- Taburkan dengan bawang goreng dan daun sup semasa menghidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan