Resepi ni adalah ilham daripada husband Cik Ema. Asalnya Cik Ema nak buat pizza mini, tapi oleh kerana bahan tak cukup, dan kebetulan ada roti di dapur, maka Cik Ema pun try la buat macam yang husband cadangkan.
Bahan-bahan
Beberapa keping roti
Sedikit butter
Sedikit sos cili Thai
Sedikit keju mozarella
Bahan topping
60g sos spaghetti Kimball perisa cendawan
100g daging cincang
50g cendawan butang dihiris nipis
50g nanas dipotong dadu
1/2 biji lada benggala dipotong dadu
1/2 biji tomato dipotong dadu
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 biji lobak merah diparut
Sedikit minyak zaiton
Sedikit serbuk oregano
Sedikit sos cili Thai
Sedikit keju mozarella
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara membuatnya
- Untuk topping, panaskan minyak zaiton dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan daging cincang dan biarkan hingga bertukar warna.
- Masukkan lobak merah, cendawan butang, lada benggala dan sos spaghetti. Kacau sebati dan biar hingga mendidih. Masukkan tomato, nanas, serbuk oregano, gula dan garam. Kacau hingga rata dan biar seketika. Tutup api dan ketepikan. Biarkan sejuk seketika.
- Sapu butter pada roti. Ratakan sos cili Thai di atasnya. Kemudian tuang dan ratakan topping di atasnya. Parut keju mozarella di atas topping.
- Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 100˚c dengan menggunakan api atas bawah. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mula membakar.
**Maaf ye, hidangan ni Cik Ema tak ambik gambar.