25 Jun 2014

Beef Stew

Semalam Cik Ema tak tau nak masak apa untuk makan malam. Cik Ema pun godek-godek la peti ais kat dapur, tengok-tengok ada daging kat dalam tu. Hubby pun bagi la idea supaya buat beef stew. Sebenarnya Cik Ema tak pernah la pulak buat beef stew ni, tapi pernah gak tengok mak buat kat dapur. Oleh kerana hubby dah mintak buatkan beef stew, Cik Ema pun try la buat ikut cara Cik Ema. Yang ni Cik Ema sengaja bagi lebih kuah untuk dimakan dengan roti sebagai juadah breakfast. Kalau sesiapa nak try buat sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
Beef stew yang telah sedia untuk dihidangkan
250g daging lembu dipotong kiub
1 batang lobak merah dipotong kiub
2 biji kentang dipotong kiub
1 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dikisar
1 kiub pati daging
1 sudu makan tepung gandum
Sedikit browning
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk rosemary
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit minyak zaiton
Air secukupnya

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak zaiton. Goreng daging bersama serbuk lada hitam sehingga keperangan. Angkat daging.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging yang telah digoreng dan air.
  3. Masukkan browning dan kiub pati daging. Kacau sehingga sebati. Tutup periuk dan biarkan sehingga daging empuk.
  4. Apabila daging sudah empuk, masukkan kentang dan lobak merah. Tutup periuk dan biarkan sehingga kentang dan lobak merah lembut.
  5. Tambahkan garam, gula dan serbuk rosemary. Masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dalam sedikit air untuk memekatkan kuah. Biar seketika. Tutup api dan hidangkan.
Selamat mencuba.













12 Jun 2014

Sup Tulang

Semalam tengah seronok tengok TV tetiba anak Cik Ema bagitau nak makan sup. Anak Cik Ema sup memang favourite dia. Agaknya dia teringin coz lama jugak dah Cik Ema tak buat sup untuk hidangan sekeluarga. Jadi pagi tadi Cik Ema pun keluar ke pasar membeli apa yang patut.

Bahan-bahan
500 gram tulang
2 bijibawang merah dikisar
Sup tulang sedia untuk dihidangkan
5 ulas bawang putih dikisar
2cm halia dikisar
1 bungkus sup bunjut
Rempah 4 sekawan secukupnya
2 biji tomato dibelah 4
Sedikit bunga kobis
1 batang lobak merah dipotong dadu
2 biji kentang dipotong dadu
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup
Sedikit serbuk lada
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuatnya
  1. Rebus tulang, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, sup bunjut dan rempah 4 sekawan. Masak dengan api sederhana sehingga tulang lembut.
  2. Masukkan bunga kobis dan tomato. Biarkan mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan serbuk lada dan garam. Tutup api dan angkat.
  4. Taburkan dengan bawang goreng dan daun sup semasa menghidang.
Selamat mencuba.

03 Jun 2014

Sambal Goreng Kentang

Semalam teringin rasa nak makan sambal goreng kentang. Kebetulan bahan-bahan pun cukup untuk sediakan menu ni. Kalau nak try sendiri kat rumah, Cik Ema kongsikan resepi ikut cara Cik Ema.

Bahan-bahan
Sambal goreng kentang sedia untuk dihidang
1 biji kentang dipotong dadu
1 biji bawang besar dimayang
2 sudu makan bawang merah dikisar
2 sudu makan cili kering dikisar
3 biji cili padi dihiris
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis digoreng garing
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Goreng kentang hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
  2. Asingkan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar hingga lembut. Masukkan cili kering dan bawang merah. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan belacan, kacau rata. Biar hingga pecah minyak. Masukkan kentang, ikan bilis dan cili padi. Kacau sebati.
  4. Tambahkan garam dan gula. Kacau sebati.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba.