10 Julai 2014

Kepak Ayam Madu

Kali ni Cik Ema nak berkongsi menu ayam pulak. Selalunya Cik Ema akan goreng je kepak ayam ni, tapi kali ni Cik Ema try bakar pulak.

Bahan-bahan
6 ketul kepak ayam yang telah dipotong dan dibersihkan
Kepak ayam yang telah siap untuk dihidangkan
3 biji bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
Sedikit serbuk oregano
Sedikit minyak zaiton
Kicap ABC secukupnya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Satukan semua bawang merah, bawang putih, halia, sos tiram, madu, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk oregano, garam dan kepak ayam. Perap semalaman dalam peti sejuk.
  2. Susun kepak ayam di atas dulang yang telah dilapik dengan aluminium foil. Renjiskan dengan sedikit minyak zaiton supaya ayam tidak melekat dan tidak kering apabila dibakar.
  3. Bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 180˚c dengan menggunakan api atas bawah. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum mula membakar.
  4. Untuk menghidang, susun kepak ayam di atas pinggan. Tuang kicap ABC di atas kepak ayam.
Selamat mencuba.


05 Julai 2014

Tempoyak Goreng

Sekarang ni durian dah senang nak dapat. Merata dah boleh jumpa orang jual durian. Cik Ema bukan la nak cerita hal durian, tapi Cik Ema nak kongsikan hidangan favourite husband, tempoyak goreng.

Bahan-bahan
15 ekor udang dibuang kulit
2 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
5 biji cili padi dihiris
1/2 biji bawang besar dimayang
1 mangkuk kecil tempoyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan udang, kacau sebati. Biarkan hingga udang separuh masak. Masukkan tempoyak dan gaul sebati. Masak dengan api sederhana hingga pecah minyak dan sehingga tempoyak bertukar warna keemasan.
  3. Tambah garam dan gula. Tutup api dan hidangkan.
Selamat mencuba.

**Maaf ye, Cik Ema tak ambik gambar untuk hidangan ni.